Wednesday, November 9, 2016

SAMBAL HITAM MANIS MANJA MAMA

Semalam kawan bagi Mama belimbing buluh. Tak banyak lah, adalah dalam 20 biji. Memula nak masak lemak ikan masin belimbing buluh. Sampai kat rumah hati teringin nak cuba buat sambal hitam sendiri. Maka terhasil lah:

Sambal Hitam Manis Manja Mama
20 biji belimbing buluh, dicuci bersih
2 genggam cili api (1 genggam pun boleh, ikut kepedasan memasing) dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
1 genggam ikan bilis disangai (goreng tanpa minyak)
3 sudu besar Kicap manis
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Minyak masak

Rebus belimbing buluh dengan garam. Masukkan air sikit separa belimbing semasa rebus. Resepi orang lain takde air, tapi Mama rebus dengan air & garam. Bila air sudah sejat, masukkan bawang merah dan cili api. Sangai sampai naik wangi. Biarkan sejuk sekejap sebelum kisar kesemua bahan tadi. 

Panaskan kuali tadi dengan minyak. Masukkan bahan kisar tadi dengan ikan bilis sangai. Bila bahan kisar sudah sebati dengan ikan bilis tadi, masukkan kicap manis dan gaul sampai rata. Hidang dengan nasi panas. Meleleh hidung baq hang!!!


Selamat mencuba!

Cantik Manis Mama

No comments:

Post a Comment