Monday, November 28, 2016

B E R E N A N G

Berenang adalah salah satu hobi yang sangat baik. Kebolehan berenang juga amat penting untuk kemandiri. Ye lah, kalau lemas dalam air kan susah kalau tak pandai berenang?

Mama baru nak belajar berenang you all! Better late than NEVER! Semalam bila kelas renang, Mama merasa lah minum air klorin. Yer, MINUM, bukan tertelan... Hahahaha, sebab Mama terlupa cara breathing dalam air. Kolam renang tutup lama... alasan saje Mama ni!

Doakan Mama cepat berenang yer... Mama ada banyak wish list untuk tahun 2017 ni!

Cantik Manis Mama

Tuesday, November 22, 2016

SANCTUARY KELAH, SUNGAI CHILLING SELANGOR

Tempat yang Mama sangat suka! Enjoy the pictures!




Sikit je gambar? Saja Mama bagi hint jer...
Pergilah sendiri, rasai kehijauan dan segar alam.

Cantik Manis Mama

KELEDEK REBUS & SAMBAL BILIS JANTUNG PISANG

Tajuk bukan main panjang yer... Meh Mama kongsi resepi yang sangat mudah ni.

Keledek rebus & Sambal Bilis Jantung Pisang
10 biji keledek rebus & ditos kering
2 genggam ikan bilis
10 tangkai cili kering direbus & dikisar
5 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
2 sudu besar sos cili
1 biji jantung pisang direbus, disejukkan & dikisar
Garam & Minyak

Tumis bahan kisar dalam minyak panas. Tambahkan sos cili, ikan bilis & jantung pisang. Tambah minyak sedikit jika kuali anda kering sangat. Tumis hingga sambal anda garing.

Hidangkan dengan keledek rebus.


Selamat mencuba.

Cantik Manis Mama

KITTY RONI WITH CHICKEN SAUSAGE

OK, ni resepi yang simple jer. Tapi yang buat dia special sebab Mama ada Kitty Roni!


Nampak tak??? Mama sangat teruja bila jumpa pasta bentuk Hello Kitty... Jom kita terjah resepi.

Kitty Roni with Chicken Sausage
1 peket pasta bentuk Hello Kitty direbus lembut & ditos biar sejuk
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
5 tangkai cili kering direbus & dikisar
2 sudu besar sos cili
2 biji tomato dikisar
2 batang sosej ayam jumbo size dipotong bulat
1 sudu kecil dried rosemary
1 sudu kecil dried thyme
Garam & Minyak

Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan sos cili, sosej ayam, rosemary & thyme. Tambah garam secukup rasa. Masukkan pasta dan goreng hingga rata.

Kalau nak tambah telur atau keju lagi ummphhh!

Hidang untuk santapan.


Cantik Manis Mama

Tuesday, November 15, 2016

KERABU JANTUNG PISANG

Dari mana turunnya cinta
Dari mata menusuk ke jiwa
Dari mana jatuhnya sayang
Dari kerabu si jantung pisang


Kerabu Jantung Pisang
Sebiji Jantung Pisang direbus lembut
13 biji cili api diracik halus
1 ketul isi ayam goreng diracik halus
1 sudu kecil garam

Jantung pisang yang direbus diracik halus. Gaulkan kesemua bahan dalam mangkuk. Siap dihidang bersama nasi panas.

Cantik Manis Mama

Monday, November 14, 2016

R A M A - R A M A

Mama suka sangat rama-rama... Cantik, gemalai, dan rama-rama hanya minum nektar dari bunga yang berwarna warni...


Cantik kan rama-rama kat selendang baru Mama ni? Hehehehe, sesungguhnya semua adalah anugerah dari Allah. Kecantikan, kelembutan, bijaksana...

Cantik Manis Mama

NASI LEMAK YOGURT & SAMBAL UDANG

Amacam tajuk, catchy sangat ker? Hehehehe... Weekend baru ni Mama cuba resepi baru. Asyik pakai santan je buat nasi lemak. Mama cuba pakai yogurt.

Nasi Lemak Yogurt & Sambal Udang
3 pot beras basmathi
1 cawan yogurt asli
1 ulas bawang merah diracik halus
1 ulas bawang putih diracik halus
1/2 inc halia diracik halus
Secubit garam
3 cawan air
1 sudu minyak

Beras dibasuh dan ditos kering. Biarkan.
Tumis semua bahan yang diracik. Bila sudah wangi, masukkan beras, air, garam & yogurt. Masak atas api perlahan. Bila paras air lebih kurang sama dengan beras dalam periuk, tutup api dan pindahkan semuanya dalam periuk nasi automatik. Tekan button cooking yer! Nasi lemak anda akan masak dalam masa 15-20 minit je.

Sambal Udang
1 kg udang besar size XXL yang siap digoreng sebentar dalam minyak panas
5 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1 genggam cili kering dibuang biji, direbus & dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar yogurt asli
Garam secukup rasa
Minyak masak

Tumis semua bahan yang dikisar. Bila sudah wangi, masukkan sos cili & kicap manis. Tumis lagi dengan api kecil. Masukkan udang & yogurt. Gaulkan rata dan masak dalam 10 minit. Tambah garam dan siap dihidang panas bersama Nasi Lemak Yogurt tadi!


Cantik Manis Mama

Thursday, November 10, 2016

EGG with BROCCOLI & CELERY

Hari ni Mama nak share a simple resepi. Kalau yang malas masak tu, boleh lah cuba resepi Mama ni.

Egg with Broccoli & Celery
1 biji telur
200 gm Broccoli dipotong kecil
200 gm Celery dipotong kecil
1 biji bawang merah dihiris halus
1 biji bawang pitih dihiris halus
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
1 cawan air

Rebus Broccoli, Celery, Bawang merah & bawang putih dengan air dan sos tiram. Bila macam sayur dah masak, tambah garam dan rebus lagi. Pecahkan telur dan kacau sampai jadi scramble egg.

Hidang dengan nasi panas. Kalau nak tambah mentega pun sodap!
Selamat mencuba...

Cantik Manis Mama

Wednesday, November 9, 2016

SAMBAL HITAM MANIS MANJA MAMA

Semalam kawan bagi Mama belimbing buluh. Tak banyak lah, adalah dalam 20 biji. Memula nak masak lemak ikan masin belimbing buluh. Sampai kat rumah hati teringin nak cuba buat sambal hitam sendiri. Maka terhasil lah:

Sambal Hitam Manis Manja Mama
20 biji belimbing buluh, dicuci bersih
2 genggam cili api (1 genggam pun boleh, ikut kepedasan memasing) dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
1 genggam ikan bilis disangai (goreng tanpa minyak)
3 sudu besar Kicap manis
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Minyak masak

Rebus belimbing buluh dengan garam. Masukkan air sikit separa belimbing semasa rebus. Resepi orang lain takde air, tapi Mama rebus dengan air & garam. Bila air sudah sejat, masukkan bawang merah dan cili api. Sangai sampai naik wangi. Biarkan sejuk sekejap sebelum kisar kesemua bahan tadi. 

Panaskan kuali tadi dengan minyak. Masukkan bahan kisar tadi dengan ikan bilis sangai. Bila bahan kisar sudah sebati dengan ikan bilis tadi, masukkan kicap manis dan gaul sampai rata. Hidang dengan nasi panas. Meleleh hidung baq hang!!!


Selamat mencuba!

Cantik Manis Mama

3 FOOD COLOURS

Hah, korang pernah dengar ke pasal tajuk ni? Maksudnye kalau kita nak makan, sebaiknya ada 3 warna makanan dalam pinggan. Mama pun kekadang failed gak cari warna ni.... Ni konsep lunch Mama:


Nampak ada 3 warna kat situ? Hijau, oren dan putih.
Hehehehe, barulah berselera nak makan kan, walaupun salad semata.

Cantik Manis Mama

Monday, November 7, 2016

D A U N

Cuba tengok daun ni...


Macam lukisan kan? 

Begitulah kita
Bagai lukisan hidup
Ke arah cerah atau kelam
Kita yang mewarnakan
Jangan mudah melatah
Mencari silap salah

Cantik Manis Mama

Friday, November 4, 2016

:::O A T:::

Hari ni Mama tak sedap badan. Mungkin sebab penangan 'Cik Piyah' (menstrual). Badan terasa letih sangat...

Mama sarapan oat je pagi ni. Senang, selamat & sihat. Kalau makan oat, perut boleh tahan sampai ke petang... sebab sifat oat adalah slow carb release... Maksudnya tenaga yang ditukar secara perlahan supaya Mama tak crave... Bila Cik Piyah datang, Mama kerap crave sugar macam aiskrim, coklat, air manis, manisan yang best.... 

Cantik Manis Mama

Thursday, November 3, 2016

MUJI

Mama suka sangat masuk kedai Muji. Rasa tenang je sebab diorang pasang aroma terapi. Wangi, nyaman dan tenang...

Mama penah beli bantal kat Muji. Harga agak mahal sikit, tapi sampai sekarang bantal tu masih keadaan asal, tak lembik...

Sekarang terasa nak pakai skin care product pulak... Harga tak mahal tau, tak macam SKII. Muka Mama dah banyak jeragat, umur pun dah lanjut. Kene jaga lah muka ni kan, aset tau! Kihkihkih....

Nanti Mama review skin care pulak.

Cantik Manis Mama

SPICY SALMON wit EDAMAME

Harini Mama nak kongsi resepi Salmon. Malam tadi anak2 and hubby makan bertambah.... Ingatkan depa tak suka, tanak nasi pun sikit je, tapi cukup...

Spicy Salmon wit Edamame
400 gm Salmon block (2 keping)
1 biji bawang merah ditumbuk
2 biji bawang putih ditumbuk
5 biji cili api ditumbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk masala
100 gm Edamame (Kacang soya)
Garam & minyak secukup

Salmon dilumurkan kunyit, masala dan garam. Ketepikan. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi. Pastikan api kecil supaya tidak hangit. Letakkan Salmon yang diperap tadi. Biarkan hingga masak. Tambahkan edamame dan biarkan dalam 2 minit. Hidangkan ketika panas! Kalau nak tambah butter atas Salmon lagi sedap dan mengancam rasa dia tau!


Untuk Cinta Hati Mama, cili api diracik kecil dan tabur atas Salmon... berpeluh dia makan sambil menambah tau! 

Cili hijau tu buat ulam. Rangup bila makan. Alhamdulillah....

Cantik Manis Mama

Wednesday, November 2, 2016

H U J A N

Sekarang musim hujan kat sini... Sejuk lah suasana tu, alhamdulillah... Pernah dengar kelebihan hujan?

Hujan adalah rahmat untuk sekalian alam. Manusia, binatang, tumbuhan hatta makhluk yang hidup atas muka bumi sangat perlukan hujan. Bayangkan kalau takde hujan sepanjang tahun, kering kontang bumi kan? Sanggup ke kita hidup tanpa air? Sedangkan badan kita 70% adalah air.

Jadi bila hujan kita digalakkan banyak berdoa. Itulah waktu yang terbaik untuk berdoa. Sebab bila hujan turun, para malaikat turut sama turun ke bumi membawa rahmat dari Allah...

Jangan mencela hujan yer. Hujan juga adalah makhluk Allah.

Cantik Manis Mama

Tuesday, November 1, 2016

M I N Y A K

Today is 1st November 2016... Tapi Mama emo sejak malam tadi... 

Harga minyak mentah merudum jatuh hari ni, tapi harga minyak kat Malaysia naik mendadak hari ni.

Bukan minyak petrol jer yang naik tau, minyak masak pun sama! Malam tadi dah isi minyak kereta penuh, harap dapat lah bertahan seminggu...

Adios

Cantik Manis Mama