Aloha!!!
Meh Mama belanja gambar sikit sebelum Mama cerita resepi yer.
Amacam tak caya ke Mama buat sendiri tau... Meh Mama kongsi resepi.
Homemade Toing Toing Fish Ball
8 ekor ikan kembung (ikan tenggiri lagi best!)
Secubit garam
Tepung kanji (Mama tak pakai pun)
Semangkuk air bersih (untuk pastikan tangan kita basah)
Kita keluarkan isi ikan, sila bersabar dan tenang yer. Sesi nk keruk isi ikan perlukan sabar yang tinggi! Mama cuma fikirkan wajah2 ayu anak2 Mama bila sesi ni. Ahaks! Pastikan kulit, kepala, tulang ikan tiada.
Kemudian tumbuk isi ikan dengan garam tadi dengan lesung batu. Nak pakai blender pun OK. Mama google, kalau nak jadi fish ball tu kenyal, kena tumbuk dan balingkan isi ikan tu.
Next, kepalkan isi ikan tu jadi bulat. Ikutlah nak saiz macam mana... Lepas tu simpan fish balls tu dalam bekas air sejuk.
Kepala tulang ikan tadi jangan buang yer. Rebuskan semua tadi sampai mendidih. Bila mendidih, masukkan fish balls tadi. Bila dia naik, maksudnya dia dah elok masak.
OK, setel fish ball. Jom kita tengok sup ikan Mama.
Sup Ikan Ketumbar Mama
Rebusan kepala tulang ikan
1 inci Halia dihiris
4 biji bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 helai asam gelugor
1 ikat daun ketumbar dihiris
Garam secukup rasa
OK, rebusan ikan tadi sejukkan. Kisar semuanya dengan Halia, bawang putih, bawang merah. Kemudian tapis bahan kisar dan asingkan tulang.
Air rebusan tadi, panaskan dengan asam gelugor. Bila dah menggelegak, masukkan daun ketumbar dan garam.
Pan Mee tu boleh lah rebuskan bagi lembut. Boleh beli di kedai. Kalau nak pakai bihun, mee kuning atau kue tiaw pun boleh...
Sambal kicap tu senang je nak buat.
Sambal Kicap Pedas Manis Manja
Segenggam cili api
2 biji cili merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
2 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin
Cili api & merah, bawang putih & merah dikisar kasar. Kalau tumbuk lagi bagus.
Gaulkan semua dengan kicap manis & masin.
Tadaaaaa, Sup ikan homemade toing toing fish ball dah siap!
Cantik Manis Mama.


No comments:
Post a Comment