Monday, October 31, 2016

SPICY CHICKEN SAUSAGE WRAP

Ini adalah makanan sihat. Mama cuba jaya je sediakan breakfast cenggini... So far anak2 suka!


Spicy Chicken Sausage Wrap
5 helai tortilla wrap
3 batang sosej (Mama pakai Bratwurst Chicken Sausage) dipotong serong
2 biji tomato dicincang
1 biji bawang merah dicincang
2 biji bawang putih dicincang
1 biji ciji merah dicincang
2 sudu besar sos cili
Garam & Minyak

Tumis semua bahan cincang sehingga wangi. Masukkan sos cili dan tumis hingga wangi. Masukkan sosej, masak hingga sosej lembut. Taburkan garam secukup rasa.

Bungkus sosej yang dimasak tadi atas kepingan tortilla. Kalau ada green salad macam baby butterhead lagi sedap!

Setelah bungkus cantik, siap untuk dimakan!

Cantik Manis Mama

CHEESY MACARONI with DAGING SALAI

Makan lagi Mama ni, bilanye nak kurus??? Takpe, Mama nak dapat pahala sebab sediakan makanan untuk family terchenta, ahaks!


Cheesy Macaroni with Daging Salai
500 gm Pasta macaroni direbus lembut
250 gm keju Mozarella (shredded)
50 gm Daging salai dicincang
4 sudu besar sos pasta (Mama pakai Adabi)
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1 batang cili merah dicincang
1 batang lobak merah dipotong dadu
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis Bawang Merah & Putih, cili merah, tomato, sos cili, lobak merah dengan sos pasta. Bila dah wangi, tambah daging salai dan teruskan menumis hingga daging empuk. Masukkan pasta dan pastikan semua pasta dimasak rata dengan kuah daging salai. Bila dah agak2 masak, taburkan garam & keju sehingga keju tadi cair dalam pasta.

Hidangkan panas!

Cantik Manis Mama

BUKIT BROGA HILLS

Good Morning World!

Pagi ni Mama a bit slow sebab long weekend... Banyak akvititi Mama dan family buat tau...quality time with your family gittteewwww!

Petang Sabtu Mama panjat Bukit Broga dengan hubby. Merasa lah hiking bukit tu, yang menjadi sebutan orang ramai. Mama layan sunset kat atas! Waktu petang tak ramai orang. Kat atas tu, Mama layan angin kuat yang best, macam dalam cerita hindustani plak!

Pengalaman Mama, route dia best lar, bila toksin dinyahkan dari badan melalui peluh.... Perasaan yang sangat sihat! Dari segi safety, ada disediakan tali untuk menampung bila kita panjat bukit. Best tau!

Biar gambar berbicara!






Cantik Manis Mama

Thursday, October 27, 2016

DIY MASKER MUKA SUCI BERSERI

Mama ni suka sangat DIY. Memang lah perlu sangat skil DIY you sekarang ni. Ekonomi tak berapa cantik... Jom tengok macam mana?!!

DIY Masker Muka Suci Berseri
1 sudu kecil yogurt asli
1 sudu kecil madu asli
1 sudu kecil serbuk kunyit

Gaulkan semua bahan. Tepekkan pada muka sehingga melitupi semua bahagian dan juga leher. Biarkan masker kering selama 30 minit. Kekadang Mama tak sedar, lepas 1 jam baru Mama bersihkan dengan air suam. Air sejuk pun boleh aje, tapi kene sabar lah nak gosok masker yang kering tu.

Mama akan gosok lembut pada muka macam scrub muka. Kemudian Mama bilas lagi dengan air bersih. Kalau nak bersihkan muka pakai pencuci muka pun OK jer...

Wajah Mama akan terasa bersih dan suci berseri! Bekas jerawat pun akan kecut dan kulit wajah akan lebih polos dan segar... Cuba lah, tak rugi....

Cantik Manis Mama

Wednesday, October 26, 2016

...B E K A M...

Mama suka sangat bekam. Amalan berbekam adalah salah satu sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Sakit sangat ke bekam ni you all? Pada Mama takde lah sakit mana, macam kene cubit je feeling nyer.

Mama selau pergi bekam di Taman Gombak Ria, Terapi Bekam Al-Hijari. Di sini, Mama rasa selesa sebab privacy yang disediakan. Satu bilik satu pesakit. Ada bilik air dalam bilik rawatan.

Proses rawatan kat situ, mulanya Mama akan baring atas katil Ceragem. Katil ni akan urut tulang belakang badan pakai teknik chiropractic. Dia ada infra red untuk memanaskan poin2 badan. Mama akan rehat atas katil ni selama 40 minit.

Kemudian Mama akan dibekam oleh Baiti. Dia akan bekam angin dulu. Next dia akan tusuk poin2 yang dibekam angin tadi. Macam kene cubit je rasa yer. Lepasni baru dia bekam darah Mama. Proses ni ambil masa dalam 30 minit.

Perasaan yang sangat indah lepas bekam you! Mama rasa ringan dan kepala pun ringan.

Lepas bekam memang rasa mengantuk. Tapi jangan tidur tau! Minum air banyak dan banyakkan bergerak untuk lancarkan peredaran darah.

Selamat mencuba!

Cantik Manis Mama

...SUP TULANG KASIH MAMA...

Wow, tajuk kemain yer Mama! Mama saja nak kongsi resepi sup tulang ni. Meh kita tengok resepi yer.

Sup Tulang Kasih Mama
1 kg tulang kambing yang dipotong kecil dan dibasuh elok
1 1/2 inci halia dikisar
1 labu bawang putih dikisar
5 biji bawang merah dikisar
7 biji cili api dikisar
10 biji tomato ceri dikisar
1 sudu kecil lada hitam dikisar
1 sudu kecil biji ketumbar dikisar
1 susu kecil rempah sup
1 sudu kecil rempah kurma daging
1 sudu kecil rempah kerutuk daging
5 biji kentang di potong empat
Garam secukup rasa

Tulang di rebus dalam periuk tekanan tinggi. Mama set High temperature dulu. Selepas 20 minit, Mama set Low temperature untuk 30 minit. Kemudian lepaskan tekanan sampai dia habis bunyi. Tutup api.

Kemudian campurkan semua bahan kisar, kentang dengan rempah tadi dalam periuk yang sama. Tutup periuk dan set High temperature semula. Ulangi langkah macam kat atas yer.

Perasakan sup dengan garam secukup rasa. Sup tulang dah sedia!


Senang je nak buat kan? Mama memang kisarkan semua sebab anak2 syurga Mama tak leh tengok kalau ada bawang atau halia dalam sup. Zasss je blend, sup kita pun jadi pekat sikit. Selamat mencuba!

Cantik Manis Mama

Monday, October 24, 2016

KAMBING ROSEMARY MASALA with PULUT KUNING

OK, ni resepi hujung minggu lepas. Mama rajin nau memasak yer..... Senang je nak masak resepi ni. Meh kita tengok cara2nya...

Kambing Rosemary Masala
1 kg kambing dipotong dadu/kecil
4 sudu yogurt asli
4 biji bawang putih dikisar
6 biji bawang merah dikisar
5 batang cili kering dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit dikisar
1 sudu kecil Rosemary
1 sudu kecil Parsley
3 sudu minyak ghee
2 biji kentang dipotong dadu besar
1 peket kecil rempah masala
Garam secukup rasa

Kambing diperap dengan bahan kisar, yogurt & rempah masala. Mama perap semalaman dalam peti ais. Nanti kambing tu akan resap sebati dengan bahan2 tu.

Panaskan minyak ghee, masukkan kambing dengan bahan perapan tadi. Kentang pun boleh masukkan sekali. Biar api kecil dan tutup periuk anda. Cara ini untuk menjadikan kambing anda lebih empuk.

Tapi kene perhatikan selalu yer, takut hangit... Bila rasa kambing dah masak, masukkan garam secukup rasa. Biarkan atas api sekejap. Hidang kan dengan pulut kuning. Auwwwwwww rasa macam nak terima menantu pulak Mama ni....



Tapi memang Mama buat sekali pulut kuning you! Sebab anak2 Mama suka makan pulut...

Pulut Kuning
1 kg pulut susu direndam semalaman dengan 2 sudu besar serbuk kunyit
1 kotak santan segera
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukup rasa

OK, keluarkan air kunyit yang kita rendam semalaman tu. Tuangkan santan, minyak masak dan garam ke atas pulut tadi. Tambah air panas sampai aras pulut. Tanak dalam periuk nasi.

Bila periuk nasi dah tukar butang Keep Warm dalam 20 minit, keluarkan pulut tadi dan masukkan dalam bekas kukus. Kukus dalam 30 minit sampai pulut masak lembut.



Mama hidangkan dengan Kambing Masala tadi. Berebut anak2 Mama makan you! Alhamdulillah...



Selamat mencuba!

Cantik Manis Mama

SUP IKAN KETUMBAR PAN MEE with HOMEMADE TOING TOING FISH BALLS

Aloha!!!

Meh Mama belanja gambar sikit sebelum Mama cerita resepi yer.



Amacam tak caya ke Mama buat sendiri tau... Meh Mama kongsi resepi.

Homemade Toing Toing Fish Ball
8 ekor ikan kembung (ikan tenggiri lagi best!)
Secubit garam
Tepung kanji (Mama tak pakai pun)
Semangkuk air bersih (untuk pastikan tangan kita basah)

Kita keluarkan isi ikan, sila bersabar dan tenang yer. Sesi nk keruk isi ikan perlukan sabar yang tinggi! Mama cuma fikirkan wajah2 ayu anak2 Mama bila sesi ni. Ahaks! Pastikan kulit, kepala, tulang ikan tiada.

Kemudian tumbuk isi ikan dengan garam tadi dengan lesung batu. Nak pakai blender pun OK. Mama google, kalau nak jadi fish ball tu kenyal, kena tumbuk dan balingkan isi ikan tu.

Next, kepalkan isi ikan tu jadi bulat. Ikutlah nak saiz macam mana... Lepas tu simpan fish balls tu dalam bekas air sejuk.

Kepala tulang ikan tadi jangan buang yer. Rebuskan semua tadi sampai mendidih. Bila mendidih, masukkan fish balls tadi. Bila dia naik, maksudnya dia dah elok masak.




OK, setel fish ball. Jom kita tengok sup ikan Mama.

Sup Ikan Ketumbar Mama
Rebusan kepala tulang ikan
1 inci Halia dihiris
4 biji bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 helai asam gelugor
1 ikat daun ketumbar dihiris
Garam secukup rasa

OK, rebusan ikan tadi sejukkan. Kisar semuanya dengan Halia, bawang putih, bawang merah. Kemudian tapis bahan kisar dan asingkan tulang.

Air rebusan tadi, panaskan dengan asam gelugor. Bila dah menggelegak, masukkan daun ketumbar dan garam.

Pan Mee tu boleh lah rebuskan bagi lembut. Boleh beli di kedai. Kalau nak pakai bihun, mee kuning atau kue tiaw pun boleh...

Sambal kicap tu senang je nak buat.

Sambal Kicap Pedas Manis Manja
Segenggam cili api
2 biji cili merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang merah
2 sudu kicap manis
3 sudu kicap masin

Cili api & merah, bawang putih & merah dikisar kasar. Kalau tumbuk lagi bagus. 

Gaulkan semua dengan kicap manis & masin.

Tadaaaaa, Sup ikan homemade toing toing fish ball dah siap!

Cantik Manis Mama.

Thursday, October 20, 2016

GREEN TEA

Hello everybody!
Semoga pagi Khamis ni membawa ceria kepada anda. Anda dah sarapan ke? Sarapan pe pagi ni?
Mama sarapan nasi dengan sambal shell out ala ala...

Hahahaha, sebenarnya semalam Mama masak sambal udang dengan sotong. Macam ala-ala Shell Out gitteww.... Mama tambah carrot je...

Hasilnya begitu memberangsangkan! Tapi kalau Mama masukkan ketam lagi best kot!

OK, sebab Mama brekkie heavy pagi ni, jadi untuk detokfikasi, Mama minum hot green tea... sulam dengan kuaci... Alhamdulillah...

Hebat sangat ke Green Tea ni you all?

  1. Menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisma badan
  2. Mengawal kadar glukosa dalam badan
  3. Mengurangkan kadar sumbat dalam jantung
  4. Mengurangkan barah esofogus
  5. Mengurangkan koleterol jahat dalam badan
  6. Mengurangkan risiko Parkinson & Alzheimer
  7. Menguatkan gigi dan gusi
  8. Menjadikan anda lebih tenang
  9. Mengurangkan kedutan kulit kerana sifat anti oksida dalam teh hijau
Wahhh, hebat sungguh Teh Hijau ni yer. Jom kita amalkan!

Cantik Manis Mama

Wednesday, October 19, 2016

K U A C I

Sape suka makan kuaci? Mama memang suka sangat makan kuaci... yang takde kulit lagi Mama suka sebab tak perlu buang kulit!

Bagus sangat ke kuaci ni dik non?

  1. Sumber vitamin E yang sangat baik. Amik 60 gram sehari ye.
  2. Mampu tegangkan, haluskan kulit jadi lebih muda dan cantik you alls!
  3. Anti oksidan untuk neutralkan radikal bebas dalam sel badan kita.
  4. Kurangkan lelah, osteoarthritis dan reumatik.
  5. Makanan rendah kolesterol
Banyak sangat la khasiatnya!

OK Mama nak pergi gym sauna.

Cantik Manis Mama

Tuesday, October 18, 2016

SUSU KAMBING

Bagus sangat ke susu kambing ni? Mama memang suka minum susu kambing. Sekarang ni banyak pilihan susu kambing yang sedap dan takde bau hamis. Dulu ye ler, nak bau susu kambing pun tak sanggup, apatah lagi minum.

Snek Mama petang ni susu kambing dengan biskut kering... jadi laaa, Alhamdulilah! Nak kurus kata....

Mama suka susu kambing sebab:

  • Mama nak kurus, minum susu kambing kurang lemak.
  • Mama nak gigi dan tulang yang sihat.
  • Mama perlu vitamin yang Mama tak dapat dari makanan Mama.
  • Mama nak cantik berseri!
OK, Mama nak sambung buat kerja.

Cantik Manis Mama

Monday, October 17, 2016

KELEDEK MADU

Sedapnye keledek madu rebus! Mama lunch keledek rebus je you! Lembut, manis, berkhasiat. Eh, apa khasiat keledek ni yer? Jom kita tengok!

#1 Kaya dengan vitamin B6

Vitamin B berfungsi untuk mengurangkan kadar bahan kimia homosistein di dalam tubuh. Bahan kimia ini dikaitkan dengan penyakit degeneratif, termasuklah menjauhkan serangan jantung.
9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan
#2 Sumber terbaik vitamin C
Ramai di kalangan kita tahu vitamin C penting untuk membantu mengelakkan demam dan juga virus selesema. Hanya sedikit yang sedar bahawa vitamin C penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman dan pembentukan sel darah.

Vitamin C berfungsi meningkat proses penyembuhan luka, merangsang penghasilan kolagen yang dapat membantu mengekalkan ketegangan kulit agar kelihatan lebih muda dan sihat.

Vitamin C juga membantu mengawal tekanan (stress) selain melindungi tubuh daripda toksin dan kerosakan akibat radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu vitamin C juga memainkan peranan menyerap zat besi ke dalam tubuh kita. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan zat besi tidak dapt diserap dengan baik.


#3 Mengandungi vitamin D
Vitamin D berfungsi terhadap kadar tenaga di dalam tubuh dan emosi. Selain itu, vitamin D juga membantu membina tulang, jantung, saraf, kulit dan gigi yang kuat dan sihat serta menyokong kelenjar tiroid. 

Vitamin D penting untuk diambil bersama kalsium kerana salah satu fungsinya yang membantu menyerap kalsium ke dalam tulang agar tidak berlaku mendapan.

9 Manfaat Ubi Keledek Untuk Kesihatan

#4 Zat besi

Kita tahu zat besi (iron) sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga yang mencukupi. Selain itu zat besi memainkan peranan yang penting di dalam menghasilkan sel darah putih dan sel darah merah. 

Ia juga bertindak dalam membantu mengawal stress dan memastikan sisitem imun berfungsi dengan baik di samping memetabolismekan protein yang masuk ke dalam tubuh agar tidak berkumpul menjadi gula dan lemak.

#5 Sumber Magnesium

Keledek merupakan sumber terbaik untuk mendapatkan magnesium yang mana ia berperanan memberikan rasa tenang (relax) kepada tubuh dan menjadi mineral anti stress. Magnesium juga diperlukan untuk kesihatan arteri, darah, tulang, jantung, otot dan juga fungsi saraf. 

#6 Potassium

Di dalam ubi keledek juga terdapat potassium. Ia merupakan satu elektrolit (electrolytes) yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan isyarat saraf. 

Seperti elektrolit yang lain, potassium memainkan peranan yang penting termasuklah meredakan pengecutan otot-otot (relaxing muscle contractions), mengurangkan pembengkakan, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.


#7 Keledek memiliki rasa manis yang semulajadi. 
Kandungan gula semulajadi yang terdapat di dalamnya dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, membantu mengawal serta mengimbangi sumber tenaga tanpa meningkatkan kadar gula di dalam darah yang mana kebiasaannya dikaitkan dengan kenaikan berat badan da keletihan.


#8 Kaya dengan karotenoid

Warna oren pada keledek menunjukkan ia kaya dengan pelbagai karotenoid seperti beta karotene dan lain-lain, yang mana ia mendominasi vitamin di dalam tubuh. Karoteniod membantu menguatkan kadar penglihatan dan meningkatkan sistem imunisasi terhadap penyakit. 

Karotenoid merupakan antioksida yang berkuasa yang boleh membantu mengelakkan kanser dan melindungi diri dari kesan penuaan. 

#9 Keledek makanan yang bersifat versatile

Ia sesuai untuk dihidangkan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah masakan seperti dipanggang, kukus, atau dijadikan puri. Anda boleh memasukkan ubi keledek ke dalam sup atau stew, dibakar atau dipotong kecil sebagai rencah di dalam saald sayur-sayuran anda. 

Keledek juga boleh dijadikan puri dan ditambah di dalam smoothies atau hidangan yang lain.


Banyak ye kebaikan ubi keledek ni...

Cantik Manis Mama

S E L S E M A

Mama paling tak suka bila selsema.
Makan masa berhari hari, yang kali ni dah dekat 2 minggu.

Tolong doakan Mama cepat sembuh ye. Pagi ni nak bangun pergi kerja pun badan macam tak berapa best.

Tengahari nanti nak pergi sauna lagi... Usaha Mama untuk cepat sembuh.

Adios,
Cantik Manis Mama

Thursday, October 13, 2016

JANJI MAMA

Hello semua...

Semalam Mama janji untuk explain pasal online shopping kan? Hasilnya sangat baik....

Yang paling Mama suka, dapat free gift lagi! Auwwww, part yang ni memang Mama kalah... Siapa tak suka free gift kan? Memang tak jangka dapat free gift yang cantik plak tu! Selalu orang bagi free gift yang takde kegunaan pun... Janji dia bagi free gift.

Tapi kali ni, free gift dia mengancam! Mama tersangat lah suka you!!! Mama boleh pakai, dan hadiah tu yang baru!

Apa pengalaman first online shopping anda?

Sayang
Cantik Manis Mama

Wednesday, October 12, 2016

BERAPA LAMA ONLINE SHOPPING NAK SAMPAI???

Mama sangat gembira!!!

Online shopping Mama yang pertama membuahkan hasil yang sangat positif! Selasa malam bayar, Rabu tengah hari sampai sudah! Effisen sungguh Pos Laju ni yer. Haruskah Mama berasa khuatir???

OK, tarik nafas dalam.... lepaskan nafas perlahan...
Tenang Mama, bertenang dulu.

Barang memang dah sampai, tapi hasilnya bagaimana? Aih, suspen Mama macam ni... Sabar Mama, bawa bersabar. Balik petang nanti Mama cuba ye.... Dalam hati macam nak lompat bintang!!!

OK adios semua....

Nanti Mama update hasilnya.

Sayang
Cantik Manis Mama

ONLINE SHOPPING

You selalu ke online shopping? Mama sebelum ni belum pernah online shopping. Mama baru nak cuba minggu ni, Selasa baru ni.

Mama ni konvensional sikit bab duit ni. Yelah, Mama kerja bukan senang, gaji bukan mewah. Tapi adalah rezeki setiap bulan, insya Allah...

Sebab online shopping ni kita memang bergantung harap pada Seller totally. Dah lah kene bayar dulu, barang sampai nanti tak tahu camne kan?

Tu yang Mama berdebar ni... Macam tunggu keputusan periksa you! Ahaks....

Apa yang penting untuk online shopping ni yer?


  1. Pilih Seller yang Buyers reviewed bagus. Buat homework sikit sebelum shopping tau. Duit hangus barang tak dapat, kan naya?
  2. Baca betul semua description barang tu. Saiz apa, warna apa, sesuai ke dengan mata kita.
  3. Dapatkan contact number Seller if anything happened. Kalau kene contact Customer Service, harapan je ler...
  4. Dapatkan nombor parsel anda. Yang ni penting untuk kita track and trace di mana parsel kita. Dah ship ke belom, dah sampai pejabat pos ke belom, dah hantar ke destinasi ke belom...
OK lah, Mama nak berdoa semoga barang online shopping Mama yang pertama kali ni dapat membuahkan hasil yang sangat memuaskan hati Mama...

Sayang,
Cantik Manis Mama

Tuesday, October 11, 2016

...S A U N A...

Ye, Mama sekarang kan sedang cuba mendapatkan berat badan ideal.... selain dari bersenam, makan epal hijau, minum air putih, minum jamu dan jaga makan, Mama juga suka pergi sauna you!

Apakah itu sauna? Fungsi sauna adalah untuk mengeluarkan peluh dengan banyak untuk mendetokfisikasi badan dan menenangkan minda.

Jadi apa kebaikan sauna ni yer?
Meh kita tengok calon2nya!

1. Mengurangkan stres: bila berpeluh, badan kita keluarkan hormon endorfin. Hormon ni menjadikan kita senang hati gembira!

2. Melegakan otot: bila berpeluh, salur darah kita berkembang. Jadi aliran darah jadi lebih baik, melegakan sakit otot.

3. Kulit yang sihat berseri: yang Mama sangat perasan. Lepas sauna, pipi Mama jadi pinkish gittew!

4. Detoksifikasi: berpeluh bermaksud toksin dikeluarkan dari badan.

5. Hipertemia: bila berpeluh, badan akan beri signal yang kita sedang "demam". Jadi sel darah putih akan terhasil lebih banyak untuk singkirkan anasir jahat dalam badan.

6. Membakar kalori: peluh 500 gram sekali sesi sama dengan 300-400 kalori you!

OK, langkah yang perlu bila sauna:

  • Jangan bersauna lebih dari 45 minit
  • Perlu minum dengan banyak lepas sauna
  • Dapatkan rehat yang cukup lepas sauna
  • Jangan pakai kanta lekap semasa sauna
  • Jangan sauna semasa hamil
Mama dah terlebih membebel ni.

Adios
Cantik Manis Mama

Monday, October 10, 2016

DEVIL CHOCOLATE CAKE

29 SEPTEMBER...

Tarikh ni mungkin tarikh biasa je bagi anda. Tapi bagi Mama, ini adalah tarikh buah hati Mama aka CINTA HATI MAMA punya tarikh lahir.

Kami pergi raikan kat kedai kek di Bangi, The Caravan.


Mama tersangat suka kek ni you all! Sedap sangat!!! Cuma malam tu servis depa agak lambat. Pilihan makanan pun terhad, sebab dah habis. Kek yang ada pun hanya the Devil Chocolate Cake...ada marshmallow atas slice tu.

Korang ingat cukup ke satu kek jer??? Tadaaaa.....


Wajib lah beli 2 slices kan......heheheheh

OK, Cinta Hati Mama, dalam hati selalu Mama doakan Allah kuatkan cinta kita, tetapkan hati kita, utuhkan cinta kita, hingga Jannah...Amin.....

Sayang Selalu,
Cantik Manis Mama

JOM DIY JAMU

Tajuk kemain kan?

Tapi memang pun you... Mama memang buat sendiri jamu. Nak beli sekarang takut bahan yang dibuat tu betol ke idak, bahaya ke idak, dan yang penting sekali, sesuai ke idak dengan Mama.

OK, jom kita tengok bahan-bahan Jamu Mama kali ni.


1 biji lemon
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
1 sudu kecil Habbatus Sauda'
3 biji manjakani
3 ulas bawang putih (tiada dalam gambar)

Semua bahan (kecuali Habbatus Sauda') Mama rebus dgn 1.5 liter air.
Rebus sampai rebusan jadi 600 liter air.
Agak2 dalam 3 jam.

Bila rebusan sejuk, kisar kan semua. Ini kali masukkan Habbatus Sauda' yer.

Mama botolkan sikit2 macam ni.

Jadi senang lah bila nak minum nanti. 

OK, cara minum dia Mama akan tambah dengan 2 sudu madu dengan 4 sudu air jamu tadi. Madu adalah anti oksida yang sangat berkhasiat disamping memberi tenaga untuk kita. Madu tu juga untuk hilangkan rasa pahit manjakani yer.

Mama amalkan jamu ni untuk bulan ni.
Bulan depan Mama try jamu lain plak.

Sayang Selalu
Cantik Manis Mama

O R K I D P U T I H

Selamat Pagi Dunia!!!

Mama peminat orkid nombor satu tau.

Terlebih suka kalau orkid putih.

Cuba tengok orkid ni, Mama jatuh cinta...


Si cantik orkid putih
Harum tiada tetap menawan
Putihnya bersih tak mudah dikalih
Mama suka anggun tertawan

Sayang
Cantik Manis Mama 

Friday, October 7, 2016

SENAM UNTUK SIHAT

Tajuk kemain hebat! Yang sebenornya Mama sedang cuba untuk kembalikan perasaan ingin sihat dan cantik. Mama pun umur bukan muda lagi. Jadi perlulah jaga kesihatan. 

Mama sekarang cuba untuk bersenam kat fitness centre opis Mama. Minggu ni Mama selangkan sauna dengan senam. Janji yang penting Mama bakar kalori Mama yang berselaput dalam badan. Hehehehehe.

Owh, Mama pun cuba untuk amalkan epal hijau you! Memang sehari tu Mama akan makan 2-3 biji. Kira snek Mama kat opis...

Kenapa epal hijau? Mestilah sebab epal hijau ni macam span tau.

Dia akan bersihkan usus dan memudahkan proses pembuangan yer.

Nak kurus untuk sihat dan cantik kan?

Sebab tu Mama pastikan proses pembuangan setiap hari. Korang pun mesti pastikan proses pembuangan setiap hari yer.

Mama sedang cuba, anda bila lagi!

Sayang
Cantik Manis Mama

JUS UNTUK KURUS

SALAM JUMAAT

Blog ni dah bersarang benor. Kalau dalam citer Lord of The Rings, memang macam gua yang penuh dengan sarang lelabah, ahaks!

OK, hari ni Mama nak kongsikan petua Mama untuk kurus you! Mama da cuba minum jus ni bulan lepas.

Bahan-bahannya:

1 biji lemon, dipotong bulat, kulit jangan buang
1 inci halia, potong bulat gak
1 inci kunyit, potong bulat gak
1 buku bawang putih

Semua bahan ni direbus yer. Sukatan air tu dalam 1.5 liter. Rebus sampai air tu jadi 1 liter atau kurang lagi, terpulang pada anda. 

Ikutkan resepinyer, kene rebus sampai 8 jam, api kecik. Mama takleh tunggu lama benor yer, mau terbako dapo sebab lupa jerang jamu atas api, hikhikhik.....

Tunggu sampai dia sejuk, kisarkan.

Mama amalkan minum jus ni dalam 2 sudu setiap pagi dan sebelum tidur.

Khasiatnya untuk kurus, tapi Mama rasa bila minum jus ni jadi kuat makan plak. Heheheheh.

Tapi yang eloknya angin dalam badan tu keluar ler sebab ada halia.

Kunyit pulak untuk kesihatan dalaman, bagi seri muka Mama yang kusam nih, ahaks!

Lemon untuk buang toksin dalam badan.

Bawang putih untuk kurangkan kolesterol.

Selamat mencuba!

Sayang semua
Cantik Manis Mama