Monday, June 29, 2015

ALMOND PISTACHIOS COOKIES

Assalamualaikum,

Apa aktiviti anda weekend lepas? Mama buat banyak aktiviti!

Hari Sabtu Mama pergi Sogo dengan mak & abah. Shopping raya... punye la ramai manusia... dengan panas terik kot.... semua mood raya...

Mama tak beli apa untuk Mama, semua untuk budak2 and parents Mama.

Tapi Hubby ada surprise untuk Mama! Dia beli kan Mama induction cooker...

Mama memang dah lama idamkan.... sebab kalau travel senang nak masak...
Kalau gas habis pun senang... masak je pakai letrik... 

Hari Ahad plak, Mama wat biskut raya lagi....

Almond Pistachios Cookies! Resepi memang sendiri je campur... mujur la menjadi gak! Alhamdulillah!

Meh sini Mama share yer

Tepung gandum - 2 cawan (ayak)
Baking soda - 1 tsp (ayak)
Butter - 225 gm
Gula - 1 cawan
Telur - 2 biji
Vanila esen - 1 tsp
Almond - 1 cawan (kisar kasar)
Pistachios - 2 1/2 cawan (kisar kasar)

Pukul Butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu demi satu.
Masukkan vanila esen.
Masukkan tepung gandum dan baking soda yang diayak sedikit demi sedikit.
Masukkan Almond dan Pistachios yang dikisar kasar sedikit demi sedikit.

Tutup bekas adunan dengan kain sejuk.
Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam. Lagi lama lagi bagus!

Panaskan ketuhar pada suhu 200 celcius.
Bakar adunan pada suhu 175 celcius untuk 20-30 minit sampai kuning keemasan.

Rasanya tak manis sangat sebab mama suka kurang manis. Bahan2 pun tak mahal, boleh la jadi kudapan masa raya nanti.

Selamat mencuba!

Adios,
Cantik Manis Mama

No comments:

Post a Comment